Thursday, September 18, 2008

House Story








Semasa Dalam Pembinaan...


Siap Ditanam Rumput...


Siap Sepenuhnya... (Bahagian Luar lah..)

Ni la rumah tempat tinggal sekarang... Mula pembinaan pada awal 2006.. berpindah masuk pada 1 Mac 2008.

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar..

Sebelum masuk rumah ni dulu ada la beberapa adjustment dibuat. Satu bilik I dah pecahkan untuk membesarkan dapur... Al maklum Dapur asalnye kecik sangat.


Dapur yang sederhana besar...


Tambahan pulak I ni asal dari kampung. Suka kalau dapat rewang ramai-ramai kat dapur bila kenduri-kendara. So berpakat dengan suami. Korbankan la satu bilik. Nasib baik rumah tu ada 5 bilik. Tinggal la 4 sekarang. Tapi puas hati la dpt dapur besar sikit.


Ruang Tamu Seadanya...


Kalau diikutkan hati banyak nak dibuat Tapi memandangkan budget pun ciput..tak payah la berangan lebih-lebih. cukup lah adjust sikit-sikit..Buat yang paling basic.


Bahagian sisi rumah...



Ruang Makan...


Sebelum ni tinggal di kuartes.. tak boleh nak mengubahsuai apa-apa. So sempena dengan rumah sendiri ni. macam-macam colour nak diletakkan di dinding. Akhirnya we all pilih colour brown untuk ruang tamu dan ruang makn. Tidak ketinggalan dapur kesayangan.
















Wednesday, September 17, 2008

Anak-anakku

Inilah anak-anak permata hati... orang kata dua-dua ikut muka I.. ya kot.. harap-harap besar nanti akan menjadi manusia yang berguna... Soleh dan Solehah.. Muhammad Akmal Hafidz dan Aisyah Khaleda...



My Heart

Ni suami tercinta... ceewah...Gambar ni ambik di masjid putra... Masa duduk putrajaya dulu, Selalu la lepak kat sana.. Bawak anak-anak.. sekarang ni susah la... Lagi-lagi sejak minyak mahal ni.. Budget sikit...

Baju Lama berwajah Baru


Cubaan memberi wajah baru pada baju lama... Dah lama teringin nak mencuba menjahit manik semula.. dua tiga tahun dulu ada juga menjahit untuk sedara mara dan kawan-kawan rapat... tapi berhenti sebab masa tak mengizinkan.. Tapi memang menjahit manik ni perlukan lebih masa dan tenaga...letih mata dan tulang belakang...yang ni just tiru pattern yang ada dalam buku Rozita Jaafar tuh.. Ok lah kan..

18 Ramadhan 1829


Salam Ramadhan...
Bertemu lagi...Puasa tahun ni terasa cepat benar..
Diam tak diam sudah 18 hari pun..
Nak share beberapa resipi kuih kegemaran...
Tahun ni nampaknya bersemangat sikit nak mencuba beberapa jenis biskut baru.. antaranya, kek lapis sarawak dan juga konflakes badam coklat... disamping tat nanas dan sarang semut seperti selalunya..Insyaallah...

Wednesday, September 3, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa untuk semua. Ramadhan ini jangan biarkan nafsu menguasaidiri.. sebabsemua iblis dan syaitan tidak akan mengganggu kita. Biarkah kita besederhana dalam semua segi..