Semasa Dalam Pembinaan...
Siap Ditanam Rumput...
Siap Sepenuhnya... (Bahagian Luar lah..)
Ni la rumah tempat tinggal sekarang... Mula pembinaan pada awal 2006.. berpindah masuk pada 1 Mac 2008.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar..
Sebelum masuk rumah ni dulu ada la beberapa adjustment dibuat. Satu bilik I dah pecahkan untuk membesarkan dapur... Al maklum Dapur asalnye kecik sangat.
Dapur yang sederhana besar...
Tambahan pulak I ni asal dari kampung. Suka kalau dapat rewang ramai-ramai kat dapur bila kenduri-kendara. So berpakat dengan suami. Korbankan la satu bilik. Nasib baik rumah tu ada 5 bilik. Tinggal la 4 sekarang. Tapi puas hati la dpt dapur besar sikit.
Ruang Tamu Seadanya...
Kalau diikutkan hati banyak nak dibuat Tapi memandangkan budget pun ciput..tak payah la berangan lebih-lebih. cukup lah adjust sikit-sikit..Buat yang paling basic.
Bahagian sisi rumah...
Sebelum ni tinggal di kuartes.. tak boleh nak mengubahsuai apa-apa. So sempena dengan rumah sendiri ni. macam-macam colour nak diletakkan di dinding. Akhirnya we all pilih colour brown untuk ruang tamu dan ruang makn. Tidak ketinggalan dapur kesayangan.